[ Source: http://sirehdancengkeh.com/?p=730 ] Acara Rantai Art 2008 yang berlangsung di The Red Bungalow, Jalan Ampang, Kuala Lumpur baru sahaja selesai pada 14 Desember lepas. Selama 3 hari, pengunjung disajikan dengan persembahan muzik dari kugiran-kugiran tempatan, pameran lukisan , jualan barangan seni dan perbagai lagi aktiviti seni. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Rantai Art Event, ikutilah temurama yang berikut. Q. Boleh kalian ceritakan serba sedikit latar belakang Rantai Art? A. Rantai Art merupakan sebuah non-profitable organisasi seni yang bertujuan untuk membuka peluang kepada pengamal seni yang fresh, baru dan masih mencari identiti untuk bergabung/belajar dengan pengamal seni yang sudah lama bergiat di dalam satu ritual seni yang diadakan pada setiap hujung tahun. Sebenarnya Rantai telah banyak disalah erti dimana ramai menganggap fungsi kami sebagai pembuat teeshirt, penganjur acara musikal, kelab fotografi ataupun komuniti designer. Rantai hanyalah s...
RANTAI.ART is a non-profit art organization to express and appreciate work of art amongst art lover and the general public.