Skip to main content

ABOUT RANTAI.ART ( soal jawab bersama sireh dan cengkeh )


rantai-art
Acara Rantai Art 2008 yang berlangsung di The Red Bungalow, Jalan
Ampang, Kuala Lumpur baru sahaja selesai pada 14 Desember lepas. Selama
3 hari, pengunjung disajikan dengan persembahan muzik dari
kugiran-kugiran tempatan, pameran lukisan , jualan barangan seni dan
perbagai lagi aktiviti seni.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Rantai Art Event, ikutilah temurama yang berikut.
rantai-art
Q. Boleh kalian ceritakan serba sedikit latar belakang Rantai Art?

A. Rantai Art merupakan sebuah non-profitable organisasi seni yang
bertujuan untuk membuka peluang kepada pengamal seni yang fresh, baru
dan masih mencari identiti untuk bergabung/belajar dengan pengamal seni
yang sudah lama bergiat di dalam satu ritual seni yang diadakan pada
setiap hujung tahun. Sebenarnya Rantai telah banyak disalah erti dimana
ramai menganggap fungsi kami sebagai pembuat teeshirt, penganjur acara
musikal, kelab fotografi ataupun komuniti designer. Rantai hanyalah
satu platform/’public space’ yang cuba memberi faedah kepada
penggerak-penggerak seni yang ingin menjalankan aktiviti-aktiviti
mereka seperti pameran seni visual, seni pentas, seni muzik, jualan
barang kraf dan buatan sendiri(
DIY), dan macam-macam lagi aktiviti seni di mana tiada limitation yang dikenakan melainkan tentang penjagaan kualiti.
Q. Siapakah individu disebalik Rantai Art?

A. Rantai bukan digerakkan oleh individu-individu tertentu, tetapi idea
yang dijana daripada hasil perbincangan dari pelbagai pihak yang
identiti mereka tidak perlu diketengahkan.

Q. Untuk membuat acara tahunan seperti acara Rantai ini bukanlah
perkara yang mudah. Ia memerlukan kerjasama dan koordinasi yang baik
antara semua yang terlibat. Biasanya, berapa lama masa yang diambil,
bermula dari peringkat perancangan untuk memastikan sesuatu acara itu
berjalan lancar?


A. Untuk tidak menghadapi kesulitan ketika mengendali sesebuah acara,
persediaan mestilah dilakukan enam bulan lebih awal. Untuk menjayakan
sesebuah acara juga, wang merupakan faktor penting tetapi bukan paling
utama. Yang penting adalah kesungguhan pihak penganjur untuk
menggerakkan acara ini dengan lancar. Bila perancangan awal dilakukan,
dan setiap anggota fokus melakukan kerja, barulah sesebuah acara itu
boleh berjalan dengan sangat smooth seperti lagu rob thomas dan santana.

Q. Apakah antara perubahan atau kelainan yang boleh kita lihat pada acara kali ini?

A. Rantai Art Event kali ini bergerak tegas dengan mewujudkan sistem
pemilihan. Ini kerana penyertaan buat tahun ini terlalu ramai, dan kami
hanya ingin memilih karya-karya yang paling berkualiti. Tindakan ini
dilakukan adalah untuk memberi satu tamparan kesedaran kepada mereka
yang ingin menyertai acara kali ini supaya menitikberatkan
KUALITI dan HASIL PRODUK mereka.
Kali ini juga Rantai buat pertama kalinya membuka ruang kepada
komuniti buku. Peminat, penjual, pembaca dan juga pembeli buku boleh
datang ke acara ini untuk berkongsi bahan dan minat mereka. Rantai
menyediakan satu dewan khas untuk mengumpulkan segala jenis buku untuk
mereka menjalankan aktiviti seperti menjual buku, berkongsi baca,
bertukar secara sistem barter dan berkongsi pengetahuan.

Art therapy adalah acara yang juga ingin diperkenalkan di dalam
Rantai Art Event buat pertama kali. Acara ini akan dikendalikan oleh
pengamal seni yang berpengalaman, Fathullah Luqman Yusof. Art therapy
berfungsi untuk menyalurkan pelbagai jenis emosi dalam satu suasana
yang membina melalui penggunaan pelbagai medium seperti kanvas, cat,
tanah liat dan batik. Untuk merasai sendiri pengalaman Art Therapy,
bolehlah berkunjung dan bersama-sama terlibat dalam aktiviti ini.

Q. Pada anggaran kalian, berapa ramai penyertaan yang akan diterima untuk acara kali ini?

A. Anggaran mereka yang ingin terlibat dalam acara kali ini sangat
sangat ramai. Oleh itu, kami telah melaksanakan sistem pemilihan karya
untuk memilih karya-karya yang betul-betul berkualiti.

Q. Adakah kita akan lihat peserta yang sama seperti seperti acara sebelum ini atau bakat-bakat baru?

A. Kali ini kami menampilkan ramai karyawan-karyawan baru yang kreatif.
Ada antara mereka yang pernah menyertai pameran di luar dan berminat
untuk menyertai Rantai Art Event pada kali ini.

Q. Apakah antara isu yang perlu kalian perbaiki berdasarkan maklum balas dari orang ramai semasa acara tahun lalu?

A. Isu yang utama adalah isu kualiti karya dan produk. Semasa Rantai
Art Event 2007, kami tidak menjalankan sistem pemilihan kerana mahu
mencampuradukkan karyawan-karyawan baru dengan yang lebih
berpengalaman. Apa yang kami dapati ada sesetengah peserta yang lebih
mementingkan keuntungan dari menjaga kualiti produk mereka sendiri.
secara tidak langsung, mereka telah menganggap Rantai Art Event sebagai
pasar uptown tempat mereka menjual hasil-hasil berkualiti rendah mereka.

Q. Bagaimana kalian mengumpul dana untuk acara Rantai ini?
Adakah ia daripada kutipan yuran penyertaan daripada peserta
semata-mata? Adakah kalian mendapat tajaan dan bantuan dari mana-mana
pihak?


A. Buat masa ini tiada sumber dana yang tetap untuk membiayai
pergerakan kami. Segala perbelanjaan sebelum dan selepas acara
diperolehi dari yuran penyertaan pameran seni dan jualan seni. Kami
juga menjual merchandise seperti t-shirt dan poster yang masih boleh
didapati sekarang secara online.

rantai-art red bangalow
Q. Untuk acara Rantai kali ini, tempat yang dipilih adalah sama seperti tahun lalu. Mengapa?

A. The Red Bungalow Gallery
& Space (TRBG&S) kini diuruskan oleh Rantai Art. Oleh itu, kami memilih tempat ini untuk menjadi lokasi acara-acara kami selepas ini. TRBG&S
boleh disewakan untuk sesiapa yang ingin menjalankan acara seni sahaja.
Untuk berbuat demikian, bolehlah berhubung terus dengan kami melalui
email ataupun datang sendiri ke
TRBG&S.
Q. Adakah kalian mempunyai perancangan untuk mengadakan acara Rantai ini di negeri-negeri lain pada masa akan datang?

A. Setakat ini, kami tidak mempunyai perancangan untuk mengadakan acara
Rantai di negeri-negeri lain. Kami merasakan belum masanya lagi untuk
keluar dari negeri ini kerana selepas 3 tahun tahap kesedaran para
pengunjung acara Rantai dan pemahaman mereka tentang fungsi Rantai
masih kabur. Maka kami memilih untuk tidak kemana-mana buat masa
sekarang. Kami tidak mengukur kejayaan sesebuah acara dengan jumlah
pengunjung atau populariti, kami hanya ingin membawa seni dekat kepada
pengunjung yang datang.

Q. Dari maklumbalas yang saya terima, acara Rantai sebelum ini
mengetengahkan karya, peserta serta kugiran yang sesuai untuk golongan
remaja sehinggalah awal 30an. Bagaimana pula tahun ini? Adakah ini
merupakan golongan sasaran utama kalian?


A. Sebenarnya Rantai tidak menghadkan umur pengunjung yang datang ke
acara kami. Oleh itu, kami tidak merasakan perlu untuk meletakkan
sasaran umur. Seni adalah untuk dinikmati oleh semua :)

Q. Apakah antara aktiviti lain kalian selain acara tahunan ini?

A.Untuk 2009, kami telah menyusun acara-acara yang akan dijalankan di The Red Bungalow Gallery
& Space (TRBG&S). Antaranya adalah Book Club@TRB, Akustika Sound @TRB
dan Wayang Malam Sabtu. Selain itu, acara mengkritik karya seni juga
bakal diadakan. Segala aktiviti-aktiviti ini akan dijalankan di
TRBG&S di mana ia juga akan berfungsi sebagai pusat operasi kami.

Popular posts from this blog

Senarai Persembahan Musik & Puisi RANTAI.ART 2011 "REVISIT"

SUSUNAN BAND MENGIKUT DIDALAM SENARAI INI. PERSEMBAHAN MUSIK/PUISI BERMULA PADA JAM 12 TENGAH HARI. SILA JGN LEWAT. FRIDAY 16.12.2011 Bella (Cancelled) Jabatan Audio Nastia FIRDAUS ( POETRY ) HUDA ( POETRY ) ADILA ( POETRY ) Stage of Extinction ISMA RUDEAN MTA heart-A-Tack PUTERI SHARINA ( POETRY ) H.A.S ( hi awak sexy ) Stringthesizers  SATURDAY 17.12.2011 Julie Goes Overseas MONALYSSA Happy Siblings Friday King Road Adrenalize JuxtaposeD Moi last Von This Is My Hurricane Sekumpulan Orang Gila PROJEK RABAK ( poetry ) ZIP ZIELLER Najho SUNDAY 18.12.2011 Mikrobotmen modula screen iqbal M Keladak goodbye twentieth century Sphere Kusua akta angkasa census of marine life Acid Hadi Underraging Sea Azreel Azhar wani ardy

RANTAI.ART "HIMPUN 2010"

click image "HIMPUN” merupakan pameran seni yang melibatkan artis-artis muda mempamerkan hasil karya-karya mereka. Acara ini meng-HIMPUN-kan pelbagai jenis karya-karya anak muda, terdapat juga persembahan musik, pembacaan puisi dan ruang untuk berdiskusi tentang seni. Ayuh mari berhimpun di PETI SENI untuk menikmati seni. Seni untuk Rakyat!!! Acara ini akan berlangsung selama 2 minggu bermula pada 16hb oktober 2010. Maklumat teperinci Lokasi : PETI SENI Waktu : 2Petang hingga 8Malam Tarikh acara : 16hb - 30hb oktober 2010 Tarikh mula hantar karya : 1hb - 15hb oktober 2010 Yuran setiap penyertaan : RM30 Saiz maksimun setiap karya : bawah dari 2 kaki Jumlah karya bagi setiap penyertaan : tidak melebihi 3 keping Jenis penghasilan karya : BEBAS Tema : TIADA TEMA berminat sila hubungi hakim alias 012 648 4038 berikut adalah nama mereka yang sudah setuju untuk bersama-sama turut serta berhimpun di PETI SENI Pameran Seni Abdulrashade ...

FLYER RANTAI.ART EVENT 2007