Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2010

RANTAI.ART EVENT "GRAVITY 2010"

Rantai.art mempersembahkan Rantai Art Festival 2010 "GRAVITY" 20.12.10 - 26.12.10 Rantai Art Festival 2010 GRAVITY ialah satu festival seni yang dilakukan pada setiap hujung tahun oleh komuniti Rantai Art. Seperti tahun yang sudah, kami akan cuba memberi kelainan dalam festival pada tahun 2010. Tema festival pada tahun ini ialah GRAVITY, berasaskan tema itu kami telah memilih BALAI SENI LUKIS NEGARA ( BSLN ) sebagai lokasi festival. Ini kerana BSLN merupakan pusat tarikan seni dan kegiatan seni di sekitar ibu kota. Berpandukan tema ini juga, kami cuba menyatukan segala jenis hasil karya untuk di pamerkan dan juga pelbagai jenis aktiviti seni. Kami juga cuba menarik minat rakyat dan generasi muda untuk mendekati seni. Idea dari proses penyatuan rakyat dan seni, maka pada kali ini kami akan menganjurkan Rantai Art Festival 2010 GRAVITY. ---------------------------------------------------- EXHIBITION Penyertaan terbuka Sila hantar karya anda SEGERAAA!!! Karya

RANTAI.ART "HIMPUN 2010"

click image "HIMPUN” merupakan pameran seni yang melibatkan artis-artis muda mempamerkan hasil karya-karya mereka. Acara ini meng-HIMPUN-kan pelbagai jenis karya-karya anak muda, terdapat juga persembahan musik, pembacaan puisi dan ruang untuk berdiskusi tentang seni. Ayuh mari berhimpun di PETI SENI untuk menikmati seni. Seni untuk Rakyat!!! Acara ini akan berlangsung selama 2 minggu bermula pada 16hb oktober 2010. Maklumat teperinci Lokasi : PETI SENI Waktu : 2Petang hingga 8Malam Tarikh acara : 16hb - 30hb oktober 2010 Tarikh mula hantar karya : 1hb - 15hb oktober 2010 Yuran setiap penyertaan : RM30 Saiz maksimun setiap karya : bawah dari 2 kaki Jumlah karya bagi setiap penyertaan : tidak melebihi 3 keping Jenis penghasilan karya : BEBAS Tema : TIADA TEMA berminat sila hubungi hakim alias 012 648 4038 berikut adalah nama mereka yang sudah setuju untuk bersama-sama turut serta berhimpun di PETI SENI Pameran Seni Abdulrashade