Saturday, October 09, 2010

RANTAI.ART EVENT "GRAVITY 2010"



Rantai.art
mempersembahkan
Rantai Art Festival 2010 "GRAVITY"
20.12.10 - 26.12.10

Rantai Art Festival 2010 GRAVITY ialah satu festival seni yang dilakukan pada setiap hujung tahun oleh komuniti Rantai Art. Seperti tahun yang sudah, kami akan cuba memberi kelainan dalam festival pada tahun 2010. Tema festival pada tahun ini ialah GRAVITY, berasaskan tema itu kami telah memilih BALAI SENI LUKIS NEGARA ( BSLN ) sebagai lokasi festival. Ini kerana BSLN merupakan pusat tarikan seni dan kegiatan seni di sekitar ibu kota. Berpandukan tema ini juga, kami cuba menyatukan segala jenis hasil karya untuk di pamerkan dan juga pelbagai jenis aktiviti seni. Kami juga cuba menarik minat rakyat dan generasi muda untuk mendekati seni. Idea dari proses penyatuan rakyat dan seni, maka pada kali ini kami akan menganjurkan Rantai Art Festival 2010 GRAVITY.
----------------------------------------------------
EXHIBITION
Penyertaan terbuka
Sila hantar karya anda SEGERAAA!!!
Karya yang terpilih akan di pamerkan di Rantai Art Festival 2010 "GRAVITY"
*Pameran akan bermula pada 20.12.10 - 26.12.10

1. Segala jenis karya ( lukisan, grafik, fotografi, arca, seramik, dan sebagainya )akan di terima mengikut kesesuaian acara.
2. Semua hasil karya haruslah siap 100% semasa proses penghantaran.
3. Yuran penyertaan adalah RM100/individual atau kumpulan
4. Hanya 5keping karya untuk setiap penyertaan individual atau kumpulan
5. Sila hantar gambaran hasil karya anda untuk penilaian dan butir diri anda ke email kami untuk rujukkan pihak penganjur.
6. Penghantaran boleh dilakukan bermula pada 15hb - 30hb nov 2010 di PETI SENI @ BALAI SENI LUKIS NEGARA.

hubungi :
no tel : akim 012 648 4038
email : rantai.art@gmail.com
----------------------------------------------------
BOOTH
*hanya akan di buka pada hari jumaat, sabtu dan ahad
24.12.10 - 26.12.10

1. Sebarang jenis jualan akan di nilai terlebih dahulu mengikut kesesuaian acara.
2. Semua bentuk jualan harus dilakukan didalam kawasan yang telah disediakan
3. Yuran penyertaan adalah RM150/booth
4. Keluasan bagi setiap booth ialah 5'(kaki)x5'(kaki)
5. Setiap booth akan di beri satu meja petak 4'(kaki)x4'(kaki) dan 2 buah kerusi
6. Tempahan untuk booth boleh dilakukan bermula pada 16hb okt - 30hb nove 2010 di PETI SENI @ BALAI SENI LUKIS NEGARA.

hubungi :
no tel : mira 017 651 8526 atau elyas 017 386 5446
email : rantai.art@gmail.com
----------------------------------------------------
musik, pembacaan puisi, teater, diskusi terbuka, filem pendek

1. Setiap penyertaan akan dipilih mengikut kesesuaian acara.
2. Rantai.art adalah non-profit komuniti seni, persembahan secara percuma amat di utamakan.
3. Sebarang cadangan aktiviti amat di alu-alukan oleh pihak kami.
4. Penyertaan boleh dilakukan bermula pada 16hb okt - 30hb nove 2010 di PETI SENI @ BALAI SENI LUKIS NEGARA.

hubungi :
no tel : afiq 017 380 0124 atau akim 012 648 4038
email : rantai.art@gmail.com
----------------------------------------------------